Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga

Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga atau nama ringkasnya SK Simpang Tiga, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Bagan Datoh.

Guru Besar SKST-Pn Raihanah Amam

"Tugas seorang guru bukan sahaja perlu mengajar, malah haruslah mendidik murid-murid agar mereka terdidik dengan didikan yang sebaiknya agar berguna kepada agama, bangsa, dan negara suatu hari nanti."

Persekitaran kelas yang menarik

Suasana yang kondusif dalam kelas amat dititik beratkan agar terhasil sebuah proses pengajaran lebih berkesan dan efektif.

Murid ibarat sebuah 'Permata Negara'

Murid-murid haruslah didik sejak dari awal lagi di bangku persekolahan kerana di sinilah mereka digilap (diajar, dibentuk, dan dididik) agar menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.

Wajah murid yang dahagakan sebuah didikan

Murid-murid di SKST akan terus tekun dibimbing oleh barisan para pendidik SKST agar mereka mampu berjaya dalam pelajaran dalam bidang masing-masing hingga ke puncak menara gading.

Jumaat, 8 Februari 2013

Misi dan Visi SKST





Visi SKST

Menjadikan SK Simpang Tiga antara sekolah terbilang di negeri Perak menjelang tahun 2015

Misi SKST


  • Bersama-sama meningkatkan kecemerlangan pendidikan berteraskan "Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan"
  • Pengurusan kepimpinan yang berkesan
  • Akademik berasaskan P&P yang berkualiti dan berkesan bagi mencapai keputusan peperiksaan yang terbilang.
  • Sahsiah dalam pembangunan insan bagi mewujudkan individu yang mempunyai jati diri, sukan, dan kokurikulum secara saintifik dan bersistmatik.