Selasa, 8 Januari 2013

Kata alu-aluan daripada Guru Besar

Pn. Raihanah Amam - Guru Besar SK Simpang Tiga
   
     Alhamdulillah dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan berkat dan rahmatNya kami warga SKST akhirnya berjaya merealisasikan satu era baru dibidang IT dengan terbinanya laman web sekolah ini.

Meskipun SK Simpang Tiga merupakan sebuah sekolah yang kecil, dikategorikan sekolah kurang murid dan juga luar bandar, tapi kami tidak akan menjadikan ianya sebagai satu batasan dan halangan bagi kami untuk maju kehadapan dan berjaya. Walaupun wujud kekangan yang tidak dapat dielakkan, tapi kami percaya penyampaian laman web ini akan dapat dioptimakan dengan usaha sedia ada.

Kepada pengunjung laman ini di ucapkan ribuan terima kasih diatas sambutan anda, saya berharap ia akan banyak membantu anda dan pandangan dari anda amat kami alu-alukan. Jesteru itu ianya dapat menjadikan kami lebih bersemangat meningkatkan komitmen serta kualiti ilmu demi memajukan anak didik kami.

Terima kasih kepada ‘Web Team’ SKST yang bertindak sebagai penggerak laman web ini. Juga tidak lupa kepada para guru yang bekerjasama dalam memurnikan lagi laman web ini. Anda kebanggaan kami.

Selamat melayari laman web rasmi Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga .

Terima Kasih.

0 ulasan:

Catat Ulasan