Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga

Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga atau nama ringkasnya SK Simpang Tiga, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Bagan Datoh.

Guru Besar SKST-Pn Raihanah Amam

"Tugas seorang guru bukan sahaja perlu mengajar, malah haruslah mendidik murid-murid agar mereka terdidik dengan didikan yang sebaiknya agar berguna kepada agama, bangsa, dan negara suatu hari nanti."

Persekitaran kelas yang menarik

Suasana yang kondusif dalam kelas amat dititik beratkan agar terhasil sebuah proses pengajaran lebih berkesan dan efektif.

Murid ibarat sebuah 'Permata Negara'

Murid-murid haruslah didik sejak dari awal lagi di bangku persekolahan kerana di sinilah mereka digilap (diajar, dibentuk, dan dididik) agar menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.

Wajah murid yang dahagakan sebuah didikan

Murid-murid di SKST akan terus tekun dibimbing oleh barisan para pendidik SKST agar mereka mampu berjaya dalam pelajaran dalam bidang masing-masing hingga ke puncak menara gading.

Jumaat, 8 Februari 2013

Misi dan Visi SKST





Visi SKST

Menjadikan SK Simpang Tiga antara sekolah terbilang di negeri Perak menjelang tahun 2015

Misi SKST


  • Bersama-sama meningkatkan kecemerlangan pendidikan berteraskan "Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan"
  • Pengurusan kepimpinan yang berkesan
  • Akademik berasaskan P&P yang berkualiti dan berkesan bagi mencapai keputusan peperiksaan yang terbilang.
  • Sahsiah dalam pembangunan insan bagi mewujudkan individu yang mempunyai jati diri, sukan, dan kokurikulum secara saintifik dan bersistmatik.

Selasa, 8 Januari 2013

Peta Laman SKST

Peta menuju ke SKST Bagan Datoh


Hubungi kami



SK Simpang Tiga
Jalan Bagan Datoh,
36100 Bagan Datoh.
 Telefon: 05-6466130
Faksimili: 05-6466130






Organisasi SKST



Pentadbiran

 
GURU BESAR (DGA34)
- Pn Raihanah Bt Amam @ Mohd Amin
- Maktab Perguruan Kuala Terengganu (SR, Bahasa Melayu)
- 2008 - Kini
sksimpangtiga@gmail.com
 

PENOLONG KANAN KURIKULUM (DGA32)
- Pn Hjh Siti Maspupah Bt Ahmad Dahalan
- Maktab Perguruan Islam (Pengajian Islam)
- 2007 - Kini
 
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (DGA32)
- En Zamri B Abd Rahman
- Maktab Perguruan Sultan Idris (Matematik)
- 2003 - Kini
 
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM (DGA32)
- Pn Hjh Salimah Bt Daman
- Maktab Perguruan Sultan Idris (AM)
- 2004 - Kini
PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS (DGA32)
- Tn Hj Fauzan B Asmuin
- Maktab Perguruan Persekutuan (Pengajian Melayu)
- 1994 - Kini

Kakitangan Akademik

 PENYELARAS BESTARI / DATA (DG41)
- En Mohd Khairul Ikhwan B Jamri
- Universiti Teknologi Malaysia (Comp Sc) ;
  Maktab Perguruan Raja Melewar (Matematik, KHB)
- 2006 - Kini
mk_ikhwan@yahoo.com ;  najwan07@streamyx.com
  GURU PERPUSTAKAAN (DGA32(KUP))
- Pn Rosidah Bt Mohd Din
- Maktab Perguruan Sultan Idris (Pengajian Melayu)
- 2001 - Kini
 GURU KANAN BAHASA MELAYU (DGA32(KUP))
- Pn Siti Nasibah Bt Abd Wahid
- Maktab Perguruan Seri Kota (Pengajian Melayu)
- 1996 - Kini
 GURU KANAN BAHASA INGGERIS (DGA29)
- Cik Hafiza Bt Hamzah
- Maktab Perguruan Sultan Idris (AM)
- 2004 - Kini
 GURU KANAN SAINS (DG41)
- Pn Wan Hazlina Bt Wan Ismail
- Maktab Perguruan Persekutuan (Pengajian Melayu)
- 1994 - Kini
 GURU KANAN PENDIDIKAN ISLAM (DG41)
- Pn Hjh Jamilah Bt Hj Ashaari
- Maktab Perguruan Persekutuan (Pengajian Melayu)
- 1994 - Kini
 GURU KANAN PENDIDIKAN JASMANI (DGA32(KUP))
- En Amri B Jasman
- Maktab Perguruan Persekutuan (Pengajian Melayu)
- 1994 - Kini 
 GURU KANAN PENDIDIKAN KHAS (DGA29)
- Pn Norzarini Bt Zanal Abiddin
- Diploma Perguruan Malaysia
- 2006 - Kini
  GURU PENOLONG AGAMA (DB27)
- En Amiruddin B Hamdi
- Maktab Perguruan Persekutuan (Pengajian Melayu)
- 1994 - Kini
 GURU j-QAF (DG41)
- En Zulkifli B Musman
- Maktab Perguruan Persekutuan (Pengajian Melayu)
- 1994 - Kini
 GURU PENOLONG AGAMA-BEREDAR (DC41)
- En Adib Adam B Habibullah
- Maktab Perguruan Persekutuan (Pengajian Melayu)
- 1994 - Kini
 GURU PEMULIHAN KHAS (DG41)
- Pn Suazlina Bt Salbani
- Maktab Perguruan Persekutuan (Pengajian Melayu)
- 1994 - Kini
  GURU PRASEKOLAH (DG41)
- Pn Norashikin Binti Mohammad
- Sarjana Muda Pendidikan Awak Kanak-kanak
- 2000 - Kini
            GURU PENDIDIKAN KHAS (DC41)
- Cik Norfadilla Binti Hj Yahya
- Sarjana Muda Pergurusan Taman Dan Amenti Dengan Kepujian
- 1994 - Kini
            GURU PENDIDIKAN KHAS (DC41)
- Cik Idayuhana Binti Jamali
- Sarjana Muda Sains Kognitif
- Diploma Perguruan Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) 
- 2009 - Kini
           GURU PENDIDIKAN KHAS (DC41)
- En Adib Fadli Bin Muhammad Nurul Azmi
- Sarjana Muda Pengurusan Ladang Dengan Kepujian
- 2009 - Kini
           GURU PENDIDIKAN KHAS (DB27)
- Cik Saufilina Binti Juraimi
- Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian
- 2009 - Kini
fifisaufi@yahoo.com
 
 GURU PENDIDIKAN KHAS (DC41)
- Cik Emi Fazira Binti Omardin
- Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Matematik)
- 2009 - Kini
scorplib_efo@yahoo.com
          GURU PENDIDIKAN KHAS (DC41)
- Pn Norisma Binti Samuri
- Sarjana Muda Ekonomi
- 2009 - Kini
norissma_ai@yahoo.com
  GURU PENDIDIKAN KHAS (DC41)
- Cik Nur Fadilah Binti Ahmad Ariff Shah
- Sarjana Muda Sains (Matematik)
- 2009 - Kini
  GURU PENDIDIKAN KHAS (DC41)
- Cik Najihah Athirah Binti Tarmizi
- Sarjana Muda Sains Teknologi Maklumat Dengan Kepujian
- 2009 - Kini

Kakitangan Sokongan

                                
 PEMBANTU TADBIR (N17)
- En Mustafa B Ahamd
- Maktab Perguruan Persekutuan (Pengajian Melayu)
- 1994 - Kini
         
 JURUTEKNIK KOMPUTER (FT17)
- En Mohd Nor Azlan Bin Md Ariffin
- Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) Penjaga Jentera A1
- 2009 - Kini
nakanase@gmail.com
        
 PEMBANTU PENGURUSAN MURID - PENDIDIKAN KHAS (N17)
- Pn Noraishah Binti Zamri
- Diploma Teknologi Maklumat
- 2008 - Kini
aishah_intan@yahoo.com.my
 
PEMBANTU PENGURUSAN MURID - PENDIDIKAN KHAS (N17)
- Pn Leha Binti Muhamad
- Sijil Pelajaran Malaysia
- 2009 - Kini
       
 PEMBANTU PENGURUSAN MURID - PENDIDIKAN KHAS (N17)
- Cik Nor Hazwani Binti Mohamad Hayat
- Sijil Pelajaran Malaysia
- 2009 - Kini
 
 PEMBANTU PENGURUSAN MURID - PRASEKOLAH (N17)
- Cik Noraini Binti Othman
- Sijil Pelajaran Malaysia
- 2009 - Kini
 
 PEMBANTU PENGURUSAN MURID - PRASEKOLAH (N17)
- Pn Norfahana Binti Mohame Misfar
- Sijil Pelajaran Malaysia
- 2009 - Kini
anna_7292@yahoo.com.my
 
 PEMANDU - PENDIDIKAN KHAS (R3)
- En Zukefli Bin Sapeie
- Sijil Pelajaran Malaysia
- 2009 - Kini
 
 PEKERJA RENDAH AM  (R1)
- En Mohd Yusof Bin Siyun
- Sijil Pelajaran Malaysia
- 1994 - Kini

Sejarah Sekolah

Pintu Hadapan SKST


Sekolah Kebangsaan simpang Tiga (SKST) didirikan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1922. Guru Besar pertamanya ialah Encik Ibrahim Bin Jamal. Pada tahun 1946, bangunan sekolah dirobohkan. Murid-murid terpaksa menumpang disebuah rumah kosong di Ladang Rungkup, Batu 24 selama 2 tahun.
Gotong-royong telah dibuat untuk membina bangunan baru bersama Ketua Kampung Simpang Tiga iaitu Tuan Haji Jamal Bin Haji Seman. Bangunan ini berbatangkan nibung dan batang nipah.
Guru Besar kedua (1946-1956) ialah Tuan Haji Mohamad Bin Mohamad Amin. Bangunan bernilai RM7000 telah dibina oleh Jabatan Pelajaran untuk membesarkan sekolah ini. Atap nipah telah ditukar kepada atap zink dan lantai bersimen. Guru Besar ketiga (1959-1969) ialah Encik Suri Bin Haji Sulaiman.
Bangunan gotong royong bersama PIBG telah dibina untuk menampung murid yang ramai. Bangunan yang terlalu uzur menyebabkan murid-murid terpaksa menumpang buat kali kedua di Sekolah Agama Rakyat Sabihul Huda.
Tahun 1967, Kementerian Pelajaran telah meluluskan bangunan baru yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti pejabat, bilik darjah, bilik guru dan tandas. Atas daya usaha Guru Besar Encik Ibrahim Bin Asrul pada tahun 1991, pihak Kementerian Pendidikan telah membina sebuah bangunan baru dua tingkat dan siap digunakan pada 1992.
Pada tahun yang sama juga projek menambak padang dan membina gelanggang serbaguna diadakan. 2 unit rumah guru dan 2 unit lagi dibina pada tahun 1993. Pada tahun 1996, sekolah telah mendapat peruntukan untuk menaik taraf bangunan lama. Kelas Pendidikan Khas dibina pada tahun 1995. Bangunan ini mula digunakan pad tahun 1997.
Di bawah kepimpinan Encik Abdul Rahim Ayub, pada tahun 1999, sekolah telah mendapat sebuah van Rusa untuk kegunaan murid-murid Pendidikan Khas daripada MayBank.
Bermula November 2000, Puan Radin Siti Badariah Binti Radin Jawadi menjadi Guru Besar sehingga Ogos 2007. Di Bawah pengredan semula sekolah, sekolah dimasukkan di bawah kategori sekolah SKM gred A  bermula 1.1.2008 dan mempunyai tiga orang Guru Penolong Kanan berjawatan hakiki. Mulai 16.8.2007, Puan Raihanah Binti Amam telah menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga sehinggalah kini.
Sekolah ini masih lagi terus gagah berdiri menerima kehadiran murid-murid untuk menuntut ilmu. Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat, sekolah ini juga mempunyai makmal komputer dan bilik Akses untuk perkembangan ICT para pelajar.
Sekolah ini mempunyai enam bilik darjah yang menempatkan murid-murid dari tahun satu hingga tahun 6, sebuah bilik Pra Sekolah, sebuah bilik Pemulihan Khas, bilik Kemahiran Hidup, makmal sains, pejabat, bilik guru, pusat Akses Komputer dan stor . Seramai 24 orang guru dan 8 orang staf sokongan berkhidmat di sekolah ini yang mempunyai pelbagai bidang tugas dan kemahiran untuk mendidik seramai  120 orang murid   termasuk Pendidikan Khas.    
      Sehingga kehari ini, sekolah yang  berusia hampir 87 tahun ini telah  ditadbir oleh beberapa orang Guru Besar. Pelbagai pembangunan telah dilakukan untuk membolehkan penduduk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah ini.

SENARAI NAMA GURU BESAR

1.   EN. RAHIM BIN  JAMAL                                                                                                   1922- 1928  
2.  EN. MOHD BAKRI B. HAJI SANI                                                                                         1929-1039 
3.  EN. MEGAT RAMLI BIN MEGAT JAAFAR                                                                             1940-1949 
4.  TN HJ.MOHD B. MOHD AMIN                                                                                            1958- 1959 
5.  EN. AHMAD SURI B.HJ SULAIMAN                                                                                    1960-1969 
6.  EN.ABDUL RAHMAN B, BAKERI                                                                                        1970- 1978 
7.  EN. ADAM BIN. SAAD                                                                                                     1978 – 1987 
8.  EN. MOHD RAFIE B. HJ HUSSAIN                                                                                     1987 – 1989 
9.  EN. IBRAHIM B, ASRAR                                                                                                  1989- 1997 
10.  EN.ABDUL RAHIM B. AYUB                                                                                            1997 -2000
11.  PN.SITI RADIN BADARIAH .R. JAWADI                                                                        2000 – 2007 
12.  PN RAIHANAH B. MOHD AMIN                                                                                     2007 - Kini    
 

Kata alu-aluan daripada Guru Besar

Pn. Raihanah Amam - Guru Besar SK Simpang Tiga
   
     Alhamdulillah dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan berkat dan rahmatNya kami warga SKST akhirnya berjaya merealisasikan satu era baru dibidang IT dengan terbinanya laman web sekolah ini.

Meskipun SK Simpang Tiga merupakan sebuah sekolah yang kecil, dikategorikan sekolah kurang murid dan juga luar bandar, tapi kami tidak akan menjadikan ianya sebagai satu batasan dan halangan bagi kami untuk maju kehadapan dan berjaya. Walaupun wujud kekangan yang tidak dapat dielakkan, tapi kami percaya penyampaian laman web ini akan dapat dioptimakan dengan usaha sedia ada.

Kepada pengunjung laman ini di ucapkan ribuan terima kasih diatas sambutan anda, saya berharap ia akan banyak membantu anda dan pandangan dari anda amat kami alu-alukan. Jesteru itu ianya dapat menjadikan kami lebih bersemangat meningkatkan komitmen serta kualiti ilmu demi memajukan anak didik kami.

Terima kasih kepada ‘Web Team’ SKST yang bertindak sebagai penggerak laman web ini. Juga tidak lupa kepada para guru yang bekerjasama dalam memurnikan lagi laman web ini. Anda kebanggaan kami.

Selamat melayari laman web rasmi Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga .

Terima Kasih.